Belajar Bersama Pakar
Tenaga Pengajar Kami
Tenaga pengajar kami terdiri daripada profesional berpengalaman dalam bidang masing-masing. Melalui latihan praktikal dan perkongsian pengalaman industri, kami membantu peserta meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk diaplikasikan di tempat kerja.
Mantan Ketua Pengarah YaPEIM
Dato' Abibullah Bin Hj Samsudin
Dato’ Abibullah bin Hj. Samsudin merupakan mantan Ketua Pengarah YaPEIM. Beliau membimbing penyelarasan modul latihan Ar-Rahnu Premier Edu Hub dengan penekanan terhadap amanah, profesionalisme dan keperluan industri bagi pembangunan pekerja serta bakal pekerja Ar-Rahnu.
Jurulatih Perbankan & Kewangan Islam
Hj. Jalaluddin bin Hj. Mohd Arif
Berpengalaman lebih 31 tahun dalam industri perbankan dan perkhidmatan kewangan, beliau merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan BSN Berhad serta jurulatih bertauliah HRD Corp. Kepakaran beliau merangkumi perbankan Islam, pematuhan AML/CFT, khidmat pelanggan dan pembangunan kepimpinan, dengan pendekatan latihan praktikal berasaskan pengalaman industri.
Penceramah Kursus Pra Perkahwinan Islam
Ustaz Mohd Zaki bin Zainol
Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir serta pemegang Ijazah Sarjana dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Berpengalaman luas dalam pendidikan Islam, Fiqh dan Muamalat serta memiliki tauliah mengajar agama Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Pendakwah Bebas | Penceramah Motivasi Kekeluargaan Islam
USTAZ WAN AKASHAH WAN ABDUL HAMID
Ustaz Wan Akashah merupakan pendakwah dan penceramah agama yang dikenali menerusi penyampaian ilmu berkaitan rumah tangga, kasih sayang, tanggungjawab suami isteri dan pembentukan keluarga sakinah. Beliau aktif menyampaikan ceramah motivasi dan kekeluargaan berlandaskan nilai-nilai Islam.
Pendakwah Terkenal | Pakar Motivasi Kekeluargaan Islam
USTAZAH DATO' SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah merupakan pendakwah dan penceramah motivasi Islam yang terkenal di Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam menyampaikan ceramah berkaitan institusi keluarga, keharmonian rumah tangga, pendidikan anak-anak serta pembangunan sahsiah Muslim. Gaya penyampaian beliau yang mesra dan mudah difahami menjadikan beliau antara tokoh dakwah yang dikenali ramai.
Penceramah Keusahawanan & Perniagaan
Dato' Mohd Hamdan Bin AHmad
Berpengalaman dalam bidang keusahawanan, pengurusan perniagaan dan pembangunan organisasi. Aktif berkongsi ilmu serta pengalaman praktikal bagi membantu usahawan meningkatkan kemahiran pengurusan, membina strategi perniagaan dan mengembangkan potensi keusahawanan.
