Kursus Asas Operasi Ar-Rahnu

Categories: Kursus Kerjaya
Wishlist Share

About Course

Kursus Asas Operasi Ar-Rahnu memperkenalkan peserta kepada pengetahuan dan kemahiran asas untuk persediaan kerjaya dalam industri pajak gadai Islam.

Pembelajaran merangkumi pengenalan konsep Ar-Rahnu, aliran kerja kaunter, dokumentasi, khidmat pelanggan, pengenalan ketulenan dan penilaian emas, pengendalian barang cagaran serta integriti dan kerahsiaan.

Program menggabungkan penerangan teori, demonstrasi dan simulasi praktikal. Penguasaan tugas teknikal memerlukan latihan lanjutan serta pengawasan mengikut SOP majikan. Penyertaan kursus tidak menjamin penempatan pekerjaan.

Course Content

Modul 1: Pengenalan Ar-Rahnu
Pengenalan konsep, istilah dan aliran asas perkhidmatan Ar-Rahnu serta tanggungjawab petugas.

  • 1.1 Pengenalan Ar-Rahnu dan Tanggungjawab Petugas

Modul 2: Operasi Kaunter dan Dokumentasi
Pengenalan aliran urusan pelanggan, semakan maklumat dan penyediaan rekod transaksi mengikut SOP.

Modul 3: Pengenalan Emas
Pengenalan jenis dan ketulenan emas, alat ujian serta demonstrasi penimbangan bersama jurulatih teknikal.

Modul 4: Asas Penilaian dan Pengendalian Cagaran
Pengenalan faktor penilaian, simulasi pengiraan serta pelabelan, penyimpanan dan pemulangan cagaran.

Modul 5: Khidmat Pelanggan dan Integriti
Kemahiran komunikasi, pengendalian aduan, kerahsiaan maklumat dan tanggungjawab menjaga amanah.

Modul 6: Simulasi dan Penilaian Asas
Simulasi urusan kaunter, latihan dokumentasi, kuiz kefahaman dan maklum balas jurulatih.

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet